Pages

Thursday, 20 December 2012

My UM Life


Assalamualaikum, dan salam sejahtera.

Setelah lama aku menyepikan diri, kini aku kembali menulis blog. Hari ini aku nak kongsi pengalaman aku sebagai seorang pelajar UM. Mungkin pada pandangan orang di luar sana, menjadi seorang student UM amatlah membanggakan sebab UM kan universiti terbaik di Malaysia. Segala facility di UM ni boleh dikatakan serba lengkap lah. Tasik, taman rekreasi, gym dan segala macam tempat riadah semua ade. Walaupun kos sara hidup kat UM ni agak tinggi sedikit tapi aku selesa berada di UM ni sebab senang nak cari apa sahaja sebab kawasannya yang strategik di tengah bandar. Tiap hujung minggu boleh pergi jalan-jalan.






 Aku bangga sebab dapat masuk universiti yang terkemuka ni. Lagipun orang cakap budak UM bagus2, dan pandai2. Aku rasa macam budak paling bagus di kalangan rakan2 ku yg laen yg xdapat masuk UM. Tetapi setelah bebera ketika berada di UM barulah ku sedar sebenarnya aku tak seberapa bagus seperti yang aku sangkakan. Banyak lagi benda yang aku perlu improvise dalam hidup ini. Sebelum ini aku fikir study saje yang boleh membuatkan seseorang itu berjaya. Semenjak dr SPM lagi aku boleh dikatakan rajin jugakla study. So, aku memang x amek port perkara selain study.

First time masuk U, aku dapat rasakan satu atmosphere yang berlainan berbanding zaman sekolah. Paling jelas ialah dari segi kebebasan. hidup sebagai mahasiswa ni memang lain dengan budak sekolah. Kalau kat sekolah dulu, nota semua cikgu yang bagi, tapi kat sini semua kene cari sendiri. Memang mula2 rase serabut sikit tapi lame 2 rasa seronok sebab kita kelas pun kita yang tentukan sendiri. Aku nak cerita sedikitla ape aktiviti yang aku buat sepanjang berada kt UM ni.

 Pada awal sem satu, aku cuba untuk aktif dalam UM. So, aku ambek keputusan untuk menyertai skuad PALAPES UM. Pada waktu itu, aku amat kagum dengan disiplin yang mereka ada. Inilah yang menyebabkan aku menyertai program palapes. Aku nak jadi lebih berdisiplin sepanjang menjadi student UM. So, aku join PALAPES, namun pada akhir sem 1 aku kecundang bersama beberapa rakan-rakan ku yang lain. Kami mengambil keputusan untuk menarik diri dari menjadi anggota PALAPES atas sebab-sebab tertentu. Masa sem satu, aku memang x aktif dalam aktiviti kolej mahupun fakulti kerana sibuk dengan PALAPES.


Pada awal sem 2, setelah berhenti dari PALAPES, saya merasakan kekosongan dan dahagakan aktiviti di UM ni. Kebetulan pada waktu itu, rakan ku mengajak aku untuk join satu program yang amat bermakna di mana program ini melatih student untuk meningkatkan leadership skill. Aku memng sedar, aku x pandai sangat nak memimpin sebab dari zaman sekolah, ape yang aku tau cume study je. So, aku amek keputusan join sahabat seru untuk improve soft skill aku, dan start time tu la aku tulis blog ni. Banyak yang aku belajar dari RSS contohnye personaliti diri, cara2 mengurus masa dengan betul dan tips2 kesihatan pun aku dapat. Memang x sia2 aku pergi workshop abang Mirul ngan Kak Elin. Bermula daripada hari itu, aku mula menjinakkan diri dengan aktiviti kolej dan fakulti. Kalau dulu memang susah aku nak join aktiviti2 kolej, tapi sekarang aku suka join. Semenjak aku join seru, kehidupan seharian aku lebih tersusun. Aku boleh merancang benda yang aku perlu buat, dan alhamdulillah, pointer aku sem 2 naik sedikit berbanding sem 1.

Sekarang aku dah masuk sem 3. Lepas final sem ni aku da masuk sem 4. Aku ingat nak apply program exchange student untuk sem depan. Mana tau ade rezeki belajar kat negeri orang. Rugilah kalau x try sbab U dah sediakan kemudahan untuk student kan, kenelah rebut peluang. Sampai sekarang, aku still selesa lg belajar kat UM ni sebab UM sentiasa menjaga kebajikan studentnya.

No comments:

Post a Comment